
|
Duhai hati , bersabar laa kamu
Thursday, October 27, 2011 @ 18:42 | 0 Comment [s]
Duhai hati , bersabar laa kamu.Jangan menangis tika dirimu sakit . Bersyukur laa kamu. Kerana Allah ingin mengujimu sebegitu rupa. Tutup laa mata dan lihat sekelilingmu. Lihat laa orang yg berada denganmu. Senyum laa kerana mereka bersamamu. Memberi kamu semangat dan dorongan. Tidak henti2 menyuruhmu bangun. Duhai hati , bersabar laa kamu. Tuhan ada denganmu. Lihat laa dirimu. Bersyukur laa apa yg kamu ada sekarang. Kamu kuat dalam menghadapi dugaan selama ini. Gelak tawa laa kamu. Jangan berduka. Ouh hati tabah laa kamu . Duhai hati , bersabar laa kamu. Allah menjanjikan ganjaran yg hebat kepadamu. Jangan berduka di saat dirimu terjatuh. Lihat laa orang yg membangunkanmu. Ucapkan laa terima kasih kepadanya. Kerana dirinya sudi menolongmu. Membuatkan kamu kuat. Membuatkan kamu sedar apa itu kehidupan. Dan membuatkan kamu sedar kamu tak keseorangan. Duhai hati , bersabar laa kamu. Sujud laa dan menangis kepada penciptamu. Merintih laa mengadu nasibmu. Supaya dipermudahkan urusanmu. Cepat atau lambat doamu akan dimakbulkan. Berserah laa kepadaNYA. Yakin laa dirimu kuat. Kuat dalam menghadapinya. Duhai hati , bersabar laa kamu. Hidup ini tak selalunya indah. Ibaratkan dirimu seorang peneroka. Dan teroka laa kehidupan ini. Cantikkan laa kehidupanmu. Allah hanya membalas yg terbaik buatmu. Sabar laa hati. Itu yg mampu diri ini ucapkan. Jangan menangis lagi. Pasti. Pasti. Dan pasti. Tabah laa kamu.. |
The Owner |